Dr. Haziqah Hashim - Profile Image

Dr. Haziqah Hashim

Bachelor of Dental Surgery, Alexandria University

Bagi pesakit yang ingin berjumpa dengan doktor wanita, ataupun mencari doktor yang mesra kanak-kanak, Dr Haziqah sering menjadi pilihan utama. Beliau merupakan pengasas Tiara Dental dan dikenali dengan sifat lemah lembut, cekap, profesional dan teliti.

Selain daripada rawatan kanak-kanak, beliau sering dikenali sebagai seorang doktor yang mahir untuk rawatan cabutan gigi bongsu kerana beliau mempunyai pengalaman bekerja di Hospital Lawas, Sarawak. Berbekalkan pengalaman hampir 10 tahun bekerja, beliau terus berdedikasi dalam memberi rawatan yang terbaik untuk warga Shah Alam.

Beliau mendapat kelulusan Bachelor of Dental Surgery (BDS) daripada Alexandria University, Egypt, di bawah tajaan MARA. Beliau juga mendapat pengiktirafan daripada Academy of Fixed Orthodontics New York Fellowship.